Assalamualaikum dan selamat tengahari pada semua sahabat..
Hari ni Mummy D nak share satu kisah yg terjadi pada Mummy D sendiri.. Semoga ianya menjadi satu panduan dan peringatan untuk kaum wanita yg ada untuk lebih menjaga kesihatan diri.
Hari jumaat yang lalu rasanya 24hb Januari, saya telah pergi ke Hospital P untuk cek perut.
Memandangkan sejak dua menjak ni rasa suspicious sgt;
1. Kenapa berat makin naik?
2. Kenapa perut makin besar? Sedangkan Mummy D memang tak mengandung.
3. Kenapa bila baring dan pegang perut seolah-olah ada ketulan besar seperti bola dalam perut?
Dan banyak lagi kenapa dan mengapa. Jadi Mummy D pun terus ke Hospital P. Hasil checkup, Doc J bgtau yg sy ada fibroid yang dah besar dlm perut. Sebenarnya Mummy D dah tau ada fibroid ms mengandungkan Hussna. Tp masa mengandung, sukar nk ukur besar kecik fibroid tu dan biasanya akan mengecut bila bersalin. Lgpun, Alhamdulillah.. Sy tidak mempunyai sebarang komplikasi semasa mengandungkan Hussna. Mungkin amalan pembacaan doa Nabi Yunus dalam perut ikan paus yang telah sy kongsi di
HOME & juga kesan pengambilan
vitamin ibu mengandung.
Lepas bersalinkan Hussna dulu, Mummy D ada buat checkup di Hospital K. Tp memang frustla bila doc Hospital K kata sy tak perlu pembedahan lagi sebab sy belum mengalami apa-apa masalah@ pendarahan. Jadi hanya perlu monitor. Masa tu besar fibroid dah 10cm. . Ni satu sifat Mummy D iaitu agak mudah putus asa bila jadi macam ni. Kita dah pergi cek banyak kali tapi doc cakap tak ada apa-apa. Boleh tunggu, itu ini.. Jadinya Mummy D berhenti follow up hinggalah Januari 2014 ni..
Jadi bila dah checkup dengan specialist, Mummy D dah kena marah dgn Doc J. Doc J mmg pakar gynea di Hospital P ni. Beliau kata Mummy perlu buat operation segera memandangkan saiz fibroid dah 10cm(besar sebiji buah kelapa). Terkejutla Mummy D sebab dulu saiz yang sama tapi Hospital K kata boleh tunggu. Bila datang sini Doc J cakap macam ni pula. Katanya lagi, bila saiz dah besar ni ubat apa pun dah susah untuk kecikkannya. Sebab dah besar sangat. Satu cara hanyalah melalui operation. Lagi satu, saiz macam ni bukan terjadi beberapa bulan ni tapi mungkin dah 5 @ 6 tahun. Maknanya memang dah ada masa Mummy D anak dara lg.
Masa dulu Mummy D tak pernah terfikir pun nak checkup up ke, makan supplement ke vitamin ke. Tak ambil tahu pun apa tu vitamin-vitamin ni. Dengar orang cakap je. Sendiri memang tak pernah cubalah. Bila mengandungkan Hussna baru berjinak-jinak dengan vitamin. Tu pun sebab selalu sangat sakit-sakit pinggang dan cramp masa mengandung. Doc J kata fibroid ni setiap wanita ada. Tetapi membesar atau tidak bergantung pada hormon. Ok sambung cerita, Doc J pun terangkanlah sedikit sebanyak pasal fibroid ni. Memang concern betul dia. Macamni lah doktor. Kemudian, Doc J jelaskan juga kemungkinan yang akan berlaku jika buang dan tak buang fibroid.
Jika tak buang:
1. Perut akan makin membesar seperti mengandung.
2. Pendarahan akan berlaku jika dibiarkan fibroid bertakhta lama dalam perut dan jika terjadi begitu, tak dapat nk selamatkan rahim dah.
3. Berat badan makin bertambah kerana berat fibroid juga bertambah.
4. Perut akan cramp dan sakit2.
5. Tak dapat kawal kencing kerana kedudukan fibroid di dalam rahim dan betul2 sebelah pundi kencing.
6. Period tak tetap. Tp Alhamdulillah period memang tetap setiap bulan dengan pengambilan
GLA Complex Shaklee.
Jika buang:
1. Kemungkinan akan berlaku pendarahan semasa operation kerana saiznya dah besar dan menyebabkan rahim terpaksa dibuang. (Jika rahim terpaksa dibuang, saya tak dapat mengandung lagi).
2. Jika rahim dapat diselamatkan dan sy mengandung lg , sy hanya boleh bersalin secara c-sect. (Tp bab kata doc specialist bius sy, Doc Z, semua tu kuasa Allah, mungkin masih boleh bersalin normal.
3. Saya hanya boleh mengandung 2kali lagi.
Masa dengar explaination dari Doc J memang Mummy D hampir menitiskan airmata. Rasa sedih bab 'buang rahim' tu. Sehinggakan Doc J berkali-kali tanya " Diyana, are u ok?". So saya kata akan bincang dengan suami dan bagitahu keesokannya.
Husband Mummy D memang seorang yang sgt supportive. Dia beri semangat dan memujuk Mummy untuk teruskan operation ni. Katanya "Tak apa.. Everything will be fine. Yang penting sayang sihat seperti sediakala. Jangan risaukan tentang anak-anak". Huhu.. Jadi hari Ahad 26 January Mummy D admitted to the hospital. Sebab pagi esoknya dah operate. So sebelum operation tu kena scan and checkup sekali lagi before major operation tu.
So sekali lagi Mummy D diuji. Semasa check abdomen tu, detect ada batu dalam hempedu. So Doc L datang ke bilik untuk consult. Again, Doc L suggest operate BUANG HEMPEDU sebab saiz batu dah 1.5cm. Tak boleh nak hancurkan dengan ubat kecuali ianya masih kecik. Kebetulan suami ada masa tu, jadi kami terus buat keputusan untuk jalankan sekali operation tu. Tapi Mummy D kira bertuah sebab batu dalam hempedu tu ada sebiji aje.. Mummy D tetap bersyukur sebab dapat tau awal. Dan Mummy D pasti, ada sebab kenapa Allah pilih Mummy D untuk hadapi ujian ni. Jadi operation yang sepatutnya mula pukul 7 pagi postponed ke pukul 12p.m.. Dan Alhamdulillah.. Pembedahan selesai dan berita gembira, rahim juga selamat. Bersyukur padamu Ya Allah! Selesai semua dan terjaga dari dibius tu pada pukul 6.30 petang..
 |
Ni lah dia gambar fibroid dan hempedu yang dah dibuang tu..
Ni real tau bukan copy paste.. hehe.. |
Tengok gambar kat atas tu.. Masa checkup ada sebiji aje dalam 10cm. Sekali keluar dkt 16cm. dan ada 3 ketui lg. Ok.. Nanti Mummy D akan sambung lagi kisah fibroid dan batu dalam hempedu ni untuk perkongsian bersama. Tentang batu dalam hempedu tu memang Mummy D tak tahu langsung sehinggalah pagi tu. Tp simptom2nya memang dah ada sejak remaja. Akan Mummy D sharekan di entry akan datang.. Jadi tunggu...
Mummy D ucapkan jutaan terima kasih pada yg sudi luangkan masa baca kisah Mummy D ni. Jadi untuk warga pembaca yang disayangi, nasihat Mummy D, jagalah diri kita dari sekarang. Ambil tahu penyakit kita dan jangan tunggu saat akhir. Dan TOLONG.. Kalau anda ada penyakit2 macam Mummy D ni please please please ask for 2nd or 3rd advice. Nyawa setiap org sgt bernilai.
Jd kalau tak pernah ambil supplement ni bolehlah cuba-cuba amalkan multivitamin atau apa sahaja untuk menjaga kesihatan anda. Boleh juga ambil
Vita-Lea Shaklee untuk dptkan nutrisi lengkap. Kalau memang dan ada cyst atau fibroid, bolehlah tambah dengan mengambil
GLA Complex Shaklee untuk menstabilkan hormon. Mummy D pun mula ambil supplement agak lambat. August 2013. Andaiku tahu.. Dari dulu Mummy D akan cari cara ubati and cegah penyakit dari melarat. Tapi ini ketentuannya. Dan Mummy D redha dan bersyukur atas dugaan ini..