Friday 17 January 2014

Senaman Kempiskan Perut (Hanya 10 Minit!)

Hai..Hai..Hai..  
 
Hari ni Mummy D nk share senaman yg amat2 mudah aje utk kempiskan perut tuh. Tak ada alasan untuk bermalasan kerana hanya 10 minit aje setiap hari. Mummy D pn dah tak tahan tgk seluar2 lama dalam almari tu yang dah panggil2. So jom kita tanamkan niat kempiskan perut.. untuk kesihatan & kepuasan diri sendiri jugak kan. Senaman yang Mummy D nak kongsi ni semuanya free of charge n xde pakai apa2 alat pun. Tempat pun ikut sukala. Sambile baring baca majalah ke,tgk tv ke, bangun awal pagi sekejap tu ke.. bila-bila aje..Best pun best. JOM!
 
a) Bicycle Crunch
 

Caranya:
1. Posisi permulaan, baring & letak kedua2 tapak tangan di belakang kepala.
2. Lutut angkat 45 darjah. Buat seperti mengayuh.
3. Angkat kepala serentak dengan bahu dan sebelah siku mesti menyentuh kaki bertentangan. Contoh siku kiri, kaki kanan. Siku kanan, kaki kiri seperti gambar di atas.
4. Lakukan beberapa kali.
 
Nota: pastikan anda tidak menarik kepala terlalu kuat, tetapi mengangkat bahu sekali dr lantai.. Kang terkehel plak leher tuh tuh..
 
b) Vertical Leg Crunch

 
Caranya:

1. Posisi mula -angkat kaki & tegakkan ke atas.
2. Silangkan kedua-dua kaki anda dan kedua-dua tangan pula di sisi.
3. Angkatkan pinggul sedikit dan perlahan-lahan sambil kekalkan posisi seperti dalam gambar di atas tu.
4. Letakkan pinggul perlahan2 dan kekalkan posisi.
 
Nota: Lakukan dalam 15kali.  (Boleh adjust sendiri berapa kali. Kalau larat bolehlah buat lama sikit.. Kalau Mummy D tak tahulah mampu tak sampai 10 kali pun..huhu.. takpe..kita cuba)
 
c) Flutter Kicks


Caranya:
 
1. Baring dan letakkan kedua-dua belah tangan belakang pinggul anda.
2. Angkatkan kedua-dua belah kaki dalam 6 inci.
3. Pastikan anda 'maintain' luruskan kaki.
4. Naikkan kaki atas bawah secara bergilir-gilir seperti dalam gambar di atas tu.

d) Reverse Crunch (Bangkit Tubi Terbalik)


Dua yg atas ni kita kena angkat kepala dan bahu sikit. Tp yg ni kita angkat kaki plak.
 
Caranya:
 
1. Baring. Pastikan tangan bertindak sebagai tapak. Letak tapak tangan belakang kepala dengan mendepakan sedikit di atas lantai.
2. Tolakkan lutut mendekati dada . Bermakna belakang n pinggul turut terangkat sekali.
3. Lakukan beberapa kali. Disarankan 20 kali.
 
Ha.. Senang tak? Senangkan.. Hehe.. nampak memang senang.. buat belum tentu senang. Ni Mummy D mmg dah pilih yg ringkas dan sesuai untuk wanita2 macam kita ni. Jadi kalau rajin.. Bolehlah amalkan selalu. Result mesti gempak! Bolehlah share dengan sy nanti. Jom kongsikan kisah kejayaan anda. Jadi macam selalu Mummy D nasihatkan.. sambil2 kita bersenam menyihatkan badan boleh juga ambil multivitamin untuk nutrisi lengkap diet kita. Orait girlssss...
Ada soalan? Boleh hubungi Mummy D di:
 
Emel: vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027
 
 

No comments:

Post a Comment