Wednesday 18 December 2013

JUS LIMAU NIPIS: Petua Langsing & Kempis.

 
 
Limau nipis banyak khasiatnya dan amat mujarab dalam mengurangkan lemak dalam badan. Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Disebabkan inilah limau nipis popular dalam terutamanya untuk mereka yg memang mencari-cari petua mendapat berat badan ideal!
 
Jom, cuba!
 
a) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Minum selepas makan tengahari dan makan malam. Amalkan selama sebulan & lihat hasilnya.
 
b) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campur dengan air perahan limau nipis. Minum 2x sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur.
 
c) Elak gemuk selepas bersalin:
Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air limau nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. (Ni agak menarik & blh cuba)
 
d) Ambil & gaul sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.  Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
 
e) Campurkan sebiji air limau nipis dengan teh tanpa gula. Kemudian diminum. Amalkannya.
 
Ha.. jadi itulah sedikit sebanyak cara pengambilan limau nipis ni. Bolehlah pilih yg mana bersesuaian dengan kita sebab semua caranya mudah sekali! Boleh juga tambahkan multivitamin untuk diet yang seimbang. Kalau nak cepatkan proses pembakaran lemak tu dengan cara selamat boleh klik di sini! Tak rugi pun mencuba sebab memang terdapat set bajet untuk kempiskan perut bawah RM100 je!
 

No comments:

Post a Comment