Sunday 8 December 2013

Herbal Blend Multipurpose Cream: Atasi Masalah Tumit Kaki Pecah.

Assalamualaikum...

Lama rasanya tidak menulis blog ni. Agak sibuk selesaikan beberapa urusan beberapa minggu ni. Alhamdulillah.. diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk mencoret lagi. Kali ni saya nak share tentang krim ajaib shaklee; Herbal Blend Multipurpose Cream. Sememangnya cream terbaik untuk atasi masalah kulit kita.

Saya sendiri memang hadapi masalah kulit agak kasar pada bahagian tumit. Kadangkala jika tidak disapu losyen dalam masa yang agak lama memang tumit akan pecah dan mula timbul garis2 padanya. Dan saya pasti ramai kaum wanita terutamanya ibu-ibu alami masalah yang sama. Kita kerap berdiri setiap hari untuk uruskan kerja-kerja rumah, uruskan anak-anak, dan semua urusan  rumahtangga kita kan? Kadang-kala kita tak tersedar atau tidak tahu pun yang tumit kaki kita dah merekah dan kulitnya kasar sehinggalah kita duduk kepenatan... mengurut kaki sendiri dan pegang tapak kaki... Ha... masa tu la baru tau.. "Ya Allah.. Kasarnya tumit aku", " La... teruknya tumit aku" dan macam-macam lagi.

So, satu hari tergerak hati nak cuba Herbal Blend Shaklee ni. Tapi antara percaya tak percaya jugak sebab saya dah cuba banyak cream tumit kaki pecah yang lain.. Tapi sekejap je baik.. lepas tu jadi lagi. So kali ni.. nekad dan tawakal sebab dah banyak dengar cerita dari kawan-kawan yang dah lama guna Herbal Blend ni.. memang mujarab.. Dan Alhamdulillah.. 3 kali sapuan pada tumit tu dah nampak kesannya. Kulit makin halus dan licin.. Kulit merekah pun makin kurang. Dan creamnya memang tahan lama! Memang best sangat!

Jom, kita baca apa lagi kelebihan Herbal Blend Multipurpose Cream ni...

  • Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah.
  • Baik untuk masalah kulit gatal.
  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan demam (disapu ke seluruh badan)
  • Baik untuk demam campak. (Hilangkan kesan dan tanda akibat demam campak)
  •  Menghilangkan ruam pada bayi.
  • Boleh memecahkan lemak dan membuang angin( Jika disapu dan diurut pada bahagian perut)
  • Boleh juga digunakan sebagai losyen harian.
Nak cuba Herbal Blend Shaklee? Hubungi kami. Memang tak rugi dan amat jimat.
 
Inginkan penjelasan lebih mengenai Herbal Blend Multipurpose Cream?
 
Hubungi kami di vitahijau@gmail.com atau
SMS/WhatsApp ke 012-2356027 (Diyana)

No comments:

Post a Comment