Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts

Tuesday, 11 March 2014

Kisah Benar: Mummy D Admitted (Part 2)

Assalamualaikum & selamat pagi..
Seperti yang Mummy D janjikan, Mummy D akan sambung kisah Mummy D Part 2 sebagai perkongsian. Penulisan entry kali ni agak lambat atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih pada yang sudi membaca sambungan ni. Khas untuk semua  yang bergelar wanita.

Rezeki, Sihat, Hidup dan Mati semuanya ketentuan Allah. Walau bagaimanapun penyakit yang Allah bagi, itu semua adalah dugaannya. INGAT sayang2 Mummy D semua. Allah hanya memilih insan yang bertuah aja untuk diuji. Jadi jgn marah pada takdir, jangan benci pada diri bila berhadapan penyakit. Malah bersyukurlah sebab bila Allah uji maknanya Allah sayang. Nak kita makin taat padaNya. Maka bersangka baiklah ya.

Jadi kisah Mummy D lepas 5 hari berada di hospital. Mummy D dibenarkan balik. Orang lepas ceaser mcm Mummy D majoriti naik kerusi roda. Tp Mummy D gagahkan diri berjalan turun . Nurse pulak yang naik risau tgk. Jadi bermulalah episod berpantang Mummy D. Walaupun ceaser mcm org bersalin, Mummy D tak pantang mcm org bersalin. Makan memang Mummy D kawal. Secara jujurnya 2 mnggu je la. Pastu sikit2 Mummy D cuba2. Mana yg ok x gatal, I make laaa.. Tp seafood n daging memang Mummy D x sentuh smpai sekarang.

Ok, perut Mummy D sekarang rasa lebih ringan. Tp masih rasa bengkak kawasan operate tuh walaupun sakitnya dah tak ada.Now dah sebulan berlalu saat2 getir tu. Tapi ngilu dlm perut sekali sekala masih terasa. Cuma pergerakkan dah makin baik dan boleh bergerak laju dari dulu. Hussna pun Mummy D dh dukung sekejap2. Cuma mandikan Hazziq &Hussna memang Mummy tak buat. Ok kesan lepas operation yg Mummy rasa selain perut berasa bahagian dada rasa kosong sekali sekala. Orang kata lepas buang hempedu, blh kena cirit birit. Alhamdulillah Mummy D xde. Tp kenalah kawal makan juga. Almaklumla penapis dah tak ada. Bahagian fibroid dah takde rasa berat pada perut. Period pun dh datang normal. Skt perut cramp tiba2 pun dah tak ada.

Hari ni Mummy D pergi hospital P lagi. Appointment dgn Doc J. Memang dia bagus. Mummy D mmg suggest korg jumpa dia kalau ada masalah macam Mummy D. Explaination dia memang detail. So apa yg Doc J bgtau Mummy D hasil dari checkup hari ni:

1. Kalau plan nak pregnant lagi, suggested tunggu dulu atleast 8mth. For the mean time, not suggested at all. Mummy D memang belum plan nk ada baby lg. Hussna pun hr ni br 9bulan.

2. Boleh preggy lagi tp max 3 times tp semua kena lalui operations & tak boleh normal.

3. At the age of 31, i dah ada fibroid yang tremendously besar. So dia expect Mummy D blh ada lagi in future sbb masih ada 15years hormon tu aktif. So Mummy D one of the minority yang ada kemungkinan fibroid dah buang tapi yg laun pula akan membesar.

4. Hormon tak boleh dikawal dgn pemakanan. So 1 cara Mummy D boleh buat ialah kawal keaktifan hormon tu. In shaa Allah Mummy D akan consume GLA Shaklee continuously sebagai ikhtiar.

Nak buat macamana Mummy D ada hormon yang aktif penyebab fibroid membesar. Tp syukur sebab fibroid ni bukan kanser. Jadi dengan sedikit ilmu yg Mummy D dah ada sepanjang masalah fibroid ni wujud hingga dibuang, kini Mummy D lebih aware dan ready dan in shaa Allah bersedia 'jika' ia wujud lagi.
But this time Mummy D akan USAHA mencegahnya dari muncul kembali! Hehe.. 

So jelitawan semua yang ada masalah mcm Mummy D ni, janganlah sedih. It's not the end of the world yet.. Usaha cegah ia sebelum terlambat. Jgn tunggu ia besar sebab honestly bila dah besar, ubat pun dah tak guna nak kecutkan dia kecuali operation. Kalau less than 5cm in shaa Allah masih blh kecutkan. Tp kalau dah mcm Mummy D ni operate ajelah jalannya.

Hopefully perkongsian ini memberi lebih pemahaman kepada pembaca2 jelitawan Mummy semua. Nasihat Mummy D kalau sayangkan keluarga kita, make sure kita sayang & jaga diri kita terlebih dahulu barulah kita boleh menjaga keluarga kita. Suami & anak2 amat perlukan kita, jadi jagalah kesihatan kita ok. Sekian dulu..
Salam  sayang semua..

Wednesday, 12 February 2014

Kisah Benar: Mummy D Admitted (Part 1)


Assalamualaikum dan selamat tengahari pada semua sahabat..
Hari ni Mummy D nak share satu kisah yg terjadi pada Mummy D sendiri.. Semoga ianya menjadi satu panduan dan peringatan untuk kaum wanita yg ada untuk lebih menjaga kesihatan diri.

Hari jumaat yang lalu rasanya 24hb Januari, saya telah pergi ke Hospital P untuk cek perut.
Memandangkan sejak dua menjak ni rasa suspicious sgt;

1. Kenapa berat makin naik?
2. Kenapa perut makin besar? Sedangkan Mummy D memang tak mengandung.
3. Kenapa bila baring dan pegang perut seolah-olah ada ketulan besar seperti bola dalam perut?

Dan banyak lagi kenapa dan mengapa. Jadi Mummy D pun terus ke Hospital P. Hasil checkup, Doc J bgtau yg sy ada fibroid yang dah besar dlm perut. Sebenarnya Mummy D dah tau ada fibroid ms mengandungkan Hussna. Tp masa mengandung, sukar nk ukur besar kecik fibroid tu dan biasanya akan mengecut bila bersalin. Lgpun, Alhamdulillah.. Sy tidak mempunyai sebarang komplikasi semasa mengandungkan Hussna. Mungkin amalan pembacaan doa Nabi Yunus dalam perut ikan paus yang telah sy kongsi di HOME & juga kesan pengambilan vitamin ibu mengandung.

Lepas bersalinkan Hussna dulu, Mummy D ada buat checkup di Hospital K. Tp memang frustla bila doc Hospital K kata sy tak perlu pembedahan lagi sebab sy belum mengalami apa-apa masalah@ pendarahan. Jadi hanya perlu monitor. Masa tu besar fibroid dah 10cm. . Ni satu sifat Mummy D iaitu  agak mudah putus asa bila jadi macam ni. Kita dah pergi cek banyak kali tapi doc cakap tak ada apa-apa. Boleh tunggu, itu ini.. Jadinya Mummy D berhenti follow up hinggalah Januari 2014 ni..

Jadi bila dah checkup dengan specialist, Mummy D dah kena marah dgn Doc J. Doc J mmg pakar gynea di Hospital P ni. Beliau kata Mummy perlu buat operation segera memandangkan saiz fibroid dah 10cm(besar sebiji buah kelapa). Terkejutla Mummy D sebab dulu saiz yang sama tapi Hospital K kata boleh tunggu. Bila datang sini Doc J  cakap macam ni pula. Katanya lagi, bila saiz dah besar ni ubat apa pun dah susah untuk kecikkannya. Sebab dah besar sangat. Satu cara hanyalah melalui operation. Lagi satu, saiz macam ni bukan terjadi beberapa bulan ni tapi mungkin dah 5 @ 6 tahun. Maknanya memang dah ada masa Mummy D anak dara lg.

Masa dulu Mummy D tak pernah terfikir pun nak checkup up ke, makan supplement ke vitamin ke. Tak ambil tahu pun apa tu vitamin-vitamin ni. Dengar orang cakap je. Sendiri memang tak pernah cubalah. Bila mengandungkan Hussna baru berjinak-jinak dengan vitamin. Tu pun sebab selalu sangat sakit-sakit pinggang dan cramp masa mengandung. Doc J kata fibroid ni setiap wanita ada. Tetapi membesar atau tidak bergantung pada hormon. Ok sambung cerita, Doc J pun terangkanlah sedikit sebanyak pasal fibroid ni. Memang concern betul dia. Macamni lah doktor. Kemudian, Doc J jelaskan juga kemungkinan yang akan berlaku jika buang dan tak buang fibroid.

Jika tak buang:

1. Perut akan makin membesar seperti mengandung.
2. Pendarahan akan berlaku jika dibiarkan fibroid bertakhta lama dalam perut dan jika terjadi begitu, tak dapat nk selamatkan rahim dah.
3. Berat badan makin bertambah kerana berat fibroid juga bertambah.
4. Perut akan cramp dan sakit2.
5. Tak dapat kawal kencing kerana kedudukan fibroid di dalam rahim dan betul2 sebelah pundi kencing.
6. Period tak tetap. Tp Alhamdulillah period memang tetap setiap bulan dengan pengambilan GLA Complex Shaklee.

Jika buang:

1. Kemungkinan akan berlaku pendarahan semasa operation kerana saiznya dah besar dan menyebabkan rahim terpaksa dibuang. (Jika rahim terpaksa dibuang, saya tak dapat mengandung lagi).
2. Jika rahim dapat diselamatkan dan sy mengandung lg , sy hanya boleh bersalin secara c-sect. (Tp bab kata doc specialist bius sy, Doc Z, semua tu kuasa Allah, mungkin masih boleh bersalin normal.
3. Saya hanya boleh mengandung 2kali lagi.

Masa dengar explaination dari Doc J memang Mummy D hampir menitiskan airmata. Rasa sedih bab 'buang rahim' tu. Sehinggakan Doc J berkali-kali tanya " Diyana, are u ok?". So  saya kata akan bincang dengan suami dan bagitahu keesokannya.

Husband Mummy D memang seorang yang sgt supportive. Dia beri semangat dan memujuk Mummy untuk teruskan operation ni. Katanya "Tak apa.. Everything will be fine. Yang penting sayang sihat seperti sediakala. Jangan risaukan tentang anak-anak". Huhu.. Jadi hari Ahad 26 January Mummy D admitted to the hospital. Sebab pagi esoknya dah operate. So sebelum operation tu kena scan and checkup sekali lagi before major operation tu.

So sekali lagi Mummy D diuji. Semasa check abdomen tu, detect ada batu dalam hempedu. So Doc L datang ke bilik untuk consult. Again, Doc L  suggest operate BUANG HEMPEDU sebab saiz batu dah 1.5cm.  Tak boleh nak hancurkan dengan ubat kecuali ianya masih kecik. Kebetulan suami ada masa tu, jadi kami terus buat keputusan untuk jalankan sekali operation tu. Tapi Mummy D kira bertuah sebab batu dalam hempedu tu ada sebiji aje.. Mummy D tetap bersyukur sebab dapat tau awal. Dan Mummy D pasti, ada sebab kenapa Allah pilih Mummy D untuk hadapi ujian ni. Jadi operation yang sepatutnya mula pukul 7 pagi postponed ke pukul 12p.m.. Dan Alhamdulillah.. Pembedahan selesai dan berita gembira, rahim juga selamat. Bersyukur padamu Ya Allah! Selesai semua dan terjaga dari dibius tu pada pukul 6.30 petang..

Ni lah dia gambar fibroid dan hempedu yang dah dibuang tu..
Ni real tau bukan copy paste.. hehe..


Tengok gambar kat atas tu.. Masa checkup ada sebiji aje dalam 10cm. Sekali keluar dkt 16cm. dan ada 3 ketui lg. Ok.. Nanti Mummy D akan sambung lagi kisah fibroid dan batu dalam hempedu ni untuk perkongsian bersama. Tentang batu dalam hempedu tu memang Mummy D tak tahu langsung sehinggalah pagi tu. Tp simptom2nya memang dah ada sejak remaja. Akan Mummy D sharekan di entry akan datang.. Jadi tunggu...
Mummy D ucapkan jutaan terima kasih pada  yg sudi luangkan masa baca kisah Mummy D ni. Jadi untuk warga pembaca yang disayangi, nasihat Mummy D, jagalah diri kita dari sekarang. Ambil tahu penyakit kita dan jangan tunggu saat akhir. Dan TOLONG.. Kalau anda ada penyakit2 macam Mummy D ni please please please ask for 2nd or 3rd advice. Nyawa setiap org sgt bernilai.

Jd kalau tak pernah ambil supplement ni bolehlah cuba-cuba amalkan multivitamin atau apa sahaja untuk menjaga kesihatan anda. Boleh juga ambil Vita-Lea Shaklee untuk dptkan nutrisi lengkap. Kalau memang dan ada cyst atau fibroid, bolehlah tambah dengan mengambil GLA Complex Shaklee untuk menstabilkan hormon. Mummy D pun mula ambil supplement agak lambat. August 2013. Andaiku tahu.. Dari dulu Mummy D akan cari cara ubati and cegah penyakit dari melarat. Tapi ini ketentuannya. Dan Mummy D redha dan bersyukur atas dugaan ini..

Saturday, 8 February 2014

Set Asas Nutriwhite: Cerah Semulajadi

Hati berbunga-bunga bila dapat call dari seorang teman nak repeat order Set Asas Nutriwhite. Nutriwhite ni bukan setakat mencerah tapi membersihkan kulit kusam secara semulajadi tanpa merosakkan kulit asal. Itulah yang paling best tentang produk natural ni.

Tapi bila guna bahan alami ni kita kena banyak bersabar sebab kesannya berbeza -beza bagi setiap orang. Ada yang cepat dan ada yg makan masa berbulan-bulan. Tapi secara jujur, Mummy D amat takut pada produk yang menjanjikan kesan yg amat cpt dlm masa beberapa hari. Mummy D harap kawan2 semua buat keputusan bijak sebelum memilih ok. 

Jom Mummy D nak kongsi tentang kisah kawan Mummy D dengan Set Asas Nutriwhite ni. Mula-mula dia cuma tau tentang Nutriwhite bila berkunjung ke Spa Mummy D. Sbb Mummy D memang memilih bahan yg 100% semulajadi. Takut Mummy D nak cuba yg bukan-bukan pd muka org. Bila nak facial orang Mummy D akan bayangkan buat muka sendiri, jadi memang Mummy D sgt teliti terhadap pemilihan produk dan cara facial muka org. Even mask pun Mummy D guna ESP Shaklee. Amatlah mudah Shaklee ni.

Jadi masa mula-mula dia datang mukanya amat kusam. Sekarang dah ambil 6 bulan memang nampak cerah dan berseri. (Teman ni ambil juga ESP + Vitamin C ). Jadi kesannya.. mmgla makin hebat. Cantik, lembut, bersih dan licin aje. So another happy customer dengan produk Nutriwhite.
Jadi apa set asas Nutriwhite?


1. Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser.
Kebaikkannya:
Membersih dan menyegarkan kulit.

2. Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener.
Kebaikkannya:
Mengembalikan kulit pada PH yang seimbang serta melembab dan mencerahkan kulit.

3. Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion(SPF15)
Kebaikkannya:
Mencegah kerosakkan kulit kesan dari cahaya matahari dan membantu membina daya tahan kulit terhadap pencemaran.

Set Nutriwhite ni ada yang lain lagi macam make-up remover, night cream, daily defense whitening essence dan spot whitening treatment.Jadi tengok budget anda dan kepentingan. Tapi Mummy D gerenti memang jimat sgtlah set Nutriwhite ni. Berbaloi dgn harganya.

Jadi nak tau detail? Boleh hubungi Mummy D di:

Emel : vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027

Friday, 20 September 2013

Lagi Kisah Benar... Set Kurus Shaklee..

Assalamualaikum lovely people...

Hari ni nak share lagi testimoni sendiri..

Sy baru amik cinch shake+ cinch tea dalam 2 minggu. Sbb hari tu BF so mmg x amik cinch. Manakala lecithin+alfalfa+omega sy dah amik about 1mth++. So mmg nampak perubahan diri. Mula2 mmg x perasan. Tp hubby pernah bg hint tegur 2 3 kali. Tapi sy hanya senyum2 je. Ingat hubby saje nk gurau2 manja.

SO malam tadi, tgk gelang kt pergelangan tangan. Pelik sbb rasa dh longgar. Dulu masa pakai gelang mmg ketatla. Kiranya kalau dh pakai kt area tu mmg dia x berganjakla. Buat kerja ke mandi ke gelang tu mmg kat situ n x berubah tempat sbb tgn yg meng'gebu' nih. Sampaikan pergelangan tangan sy berbelang bila sy buka gelang.

Jadi saya rasa happy sgt. Dulu mmg ngam2la tp sekarang siap boleh masukkan jari lagi.. Happy! Happy! So tunjuk kt hubby.. Dia senyum happy.. Kita ni lagila kan bertambah2 happy. Nampak perubahan diri. Patutlah badan pun rasa lebih ringan n lebih bertenaga. Sayang Shaklee! Membuat diriku berasa begitu berharga.. Cewah!

Macamana kawan2? Jom cuba set selim shaklee ni. Bukan sahaja blh slim. Badan pun rasa cergas, lebih bertenaga n terasa lebih ringan.

Saya dah cuba.. Anda bila lagi??? Tanya sy utk lebih detail. Jom sihat!