Showing posts with label Ahli Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Ahli Shaklee. Show all posts

Wednesday, 12 February 2014

Jadi Ahli Shaklee: Khusus untuk yang tinggal di Sarawak.

Assalamualaikum..
Selamat pagi kawan-kawan Mummy D semua.. Sihat tak hari ni? Ha.. kalau dah mula rasa nak demam tu elokla ambil Nutriferon dan Vitamin C awal2 k. Kena sentiasa sihatlah untuk keluargakan..

Pagi-pagi Mummy D terima Whatsapp dari seorang pengguna Shaklee di Kuching, Sarawak. Soalannya simple aje. Macamana nak dapatkan stok kalau dia jadi ahli shaklee?
Bagus juga customer ni dan betul juga soalannya. Kerana di Sarawak masih belum ada Branch Shaklee. Sekurang-kurangnya bila dah jadi ahli shaklee, dia dah dapat banyak faedah. Macam Mummy D cakap dulu, boleh nak beli dengan kawan-kawan atau SID yang lain, lepas tu mereka tolong poskan. Tapi sayanglah, tak dapat kelebihan sebagai ahli yang banyak sangat faedah tuh! Rugi tau.


Ya, buat pengetahuan semua, di Sarawak memang belum ada branch Shaklee. Tapi tak bermakna tak ada anda tak boleh dapatkan Shaklee. Shaklee dah ada online sekarang. Jadi memang memudahkan semua. Tak kira di mana anda berada. Pasti anda akan terus dapat produk tu ke tangan anda. Tak perlu nak pergi Sabah atau semenanjung nak dapatkan Shaklee. Cara paling mudah ialah membelinya terus dari internet. Tunggu aje di depan pintu rumah. Sampai terus ke tangan anda.
Yang bestnya lagi, ada berita gembira tau bulan Feb ni kerana bermula Februari 2014, harga Shaklee Sabah & Sarawak sama dengan semenanjung. Yang beza hanyalah kos penghantaran sahaja. Order banyak mana pun kos pos hanya RM20. Jimat tak? Jadi memang tak susah jadi ahli shaklee. Alasan untuk susah dapat stok tak ada lagi sebab produk akan terus ke tangan anda. Dengan harga ahli tanpa kos tersembunyi.

Amat bertuah jika anda yang berada di Sabah & Sarawak menjadi ahli shaklee kerana masih belum ramai ahli di sana. Alasan sama, tak tahu nk beli dan x ada stok. Malah, mesti ramai kawan-kawan atau saudara mara juga tak tahu macamana nak dapatkan Shaklee kan? Jadi andalah pioneer sebab sambil anda tolong2 mereka order, anda dapat bonus! Percaya tak cakap Mummy D ni? Hai.. kena percayalah sebab kebenaran :)

Ada yang tinggal di kawasan pedalaman di Sabah & Sarawak juga ahli Shaklee seperti di Kapit. Jadi bagaimana mereka dapatkan stok? Tepuk dada tanya hati! Jadi apa2 pun semuanya atas diri kita. Nak atau tak nak sahaja. So, buat sahabat-sahabat Mummy D yang ada di Sarawak atau Sabah, jangan sedih2 jika nak sangat beli Shaklee tapi tak tahu macamana cara sebab sekarang semua di hujung jari. Dah jadi ahli shaklee, boleh order online aje. Malah Mummy D akan bantu anda satu-satu dari cara order online hinggalah coaching anda jika anda betul2 serius nak cari pendapatan lebih. Jadi, anda di Sabah dan Sarawak pun boleh amalkan gaya hidup sihat kan?



Masih keliru? Mari Mummy D bantu leraikan kekusutan tu. Jom hubungi Mummy D:

Emel- vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027

Friday, 7 February 2014

Huk Alohhh! Syioknya Shopping Online!

Huk aloh! Memang syiokk shopping online nih! Betul tak? Mummy sejak dah pandai berFB, berInternet, berWhatsapp, berWeChat bagai ni, semuanya di hujung jari u olls...
Nak beli apa aje semua online. Tak payah nak beratur panjang, nak bawa duit banyak2, nak pakai cantik2 or lawa2 keluar keluar umah. Kat umah ber'kelawar', ber'Kain Sarung', ber'Seluar', ber'Tshirt', ikut suka BER apa pun semua boleh sopink online.. Huk alohhh mudah benar!
Sebab tu lah Mummy D suka sgt jadi ahli shaklee! Skang ni zaman IT.. Dah xpayah Mummy D nak pi HQ awal2 pagi, amik nombor, nak tunggu smpai ke petang, bawa balik vitamin berplastik-plastik, pastu balik singgah COD. Alamatnya, malamla baru Mummy D boleh bertemu kekasih hati n cinta2 hati Mummy D. Sebab semuanya di hujung jari u ollss. Huk alohhh mudahnyaaa..
Jadi ahli shaklee sekarang mudahlah sangat2.. Huk alohhh.. Login je ke www.shaklee.com.my. Klik je shopping.. HA.. tu dia.. Keluarlah semua list produk shaklee. Pilih aje yg mana nak. Nak hantar pada sapa. Pastu bayar je pakai bank yg korang biasa. Maybank2U ke, CIMBclicks, kad kredit ke, pape bank yg u olls sukalah. Pastu done! Siap. 2~3 hari sampai! Huk alooohh.. Mudahnyeee bershaklee ni.
Mummy D tunggu Mr. G-Dex dpn pintu umah je la. Customers tunggu kt umah/tempat kije depa la. Takkan nak tunggu dpn umah Mummy D gak. Hehe.. Tetau Mr.G-Dex sampai! Huk alohhh... Mudahnya.. Jadi ahli shaklee!
Ha..Mummy D mmg rasa senang sgt jadi ahli shaklee sekarang ni. Tak payah nak fikir banyak. Semua urusan petik2 keyboard je. Huk alooohhh.. Memang senangla..
So Mummy nak stop dulu celoteh Huk Alohhh ni.. Feel free to comment ya. Kalu xmo pun bleh je emel atau Whatsapp Mummy D k.. Adiosss... Huk Alooohhh!
Emel: vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027

Monday, 3 February 2014

Kenapa SHAKLEE terus melekat di hati..

Jom kita terus ke persoalannya..
Terdapat banyak produk di pasaran sekarang. Tetapi mengapa saya pilih Shaklee dan tidak produk lain? Dan sememangnya sy penggemar No 1 Shaklee. Oh yes! Takmo cite pasai saintifiknya sebab semua tu memang dah ada di website Shaklee Malaysia. Boleh baca detail di www.shaklee.com.my Ni berdasarkan pengalaman penulis sendiri..:)



These are WHY...

1. Shaklee Berkesan

Mengapa saya kata begini? Terjadi kepada saya dan pengalaman saya sendiri. Mula berjink-jinak dengan Shaklee sejak mengandungkan anak kedua. Mulanya ingin cuba je. Maklumla bila mengandung ni memang byk dugaan.  Selalu sakit2 pinggang dan yang paling tak tahan CRAMPPP!! Adoi.. memang la bangun malam menangis aje la.. Jadi Alhamdulillah.. sejak cuba Shaklee, cramp kaki hilang! Sakit pinggang pun kurang. Memang heran bin ajaib nih. Padahal masa Hazziq dulu itulah penyakit yang singgah  dulu. Itu belum lagi bab milk booster. Tak ramai wanita yang mempunyai keistimewaan susu banyak. Ini terjadi kepada saya. Sangat berharap untuk menyusukan Hazziq dalam masa yang lama. Tetapi sy bukan insan bertuah yang memiliki kehebatan tersebut dan masa tu ilmu sangat cetek. Walaupun dah diberi makan pelbagai benda utk banyakkan susu, jumlah yg dapat hanya 1oz setiap perahan.. Sedihnya.. Alhamdulillah sejak berjinak-jinak dengan Shaklee saya cuba milk boosternya. Jumlah perahan tidak mengecewakan untuk orang tak byk susu seperti sy iaitu 4oz. Memang dah happy giler. Kalau dulu satu hari hanya dapat 1oz. Bila di pump lg mmg hampa.. Tak ada langsung dan Hazziq memang menangis kelaparan sentiasa. Alasan? Ya! Buat mereka yang tak pernah berada di tempat kita mereka tak akan tahu kesusahan yang kita hadapi. Tapi percayalah yg sy amat berusaha untuk menyusu pada kali ni. Dan Alhamdulillah Allah berikan kekuatan itu dan dipertemukan dengan Shaklee.. Bersyukur padamu ya Allah..

 
2. Sentiasa Selamat

Shaklee sememangnya terkenal dengan sumber ramuan asli semulajadi.. Semua produk keluarannya akan diuji untuk memastikan tiada bahan seperti logam, racun serangga dan pencemaran lain bagi memastikan produknya tulen dan berkualiti. Itu dari segi pengambilan dan penggunaannya yang  selamat. Dari segi menjana pendapatan dengan Shaklee, kita juga tak perlu nk risau kerana ia telah beroperasi selama lebih 50 tahun dan dijamin selamat. Malah setiap income dari bonus yang kita dapat memang ada proses jual beli yang jelas dan mematuhi syariah. Ada MLM yang dikatakan meng`KAYA`kan orang atas. Bila `beranak` ramai, upline akan kaya raya dan orang bawah akan ditindas malah hanya batu loncatan kepada UPLINE untuk melonjak lebih tinggi. NO! Itu bukan apa yang ada di Shaklee. Yang penting di Shaklee adalah EFFORT dan DOA. Anda rajin! Hasilnya lebih.. Anda malas.. Disitulah anda selamanya. Di Shaklee, kami dah macam keluarga. Ya, itulah yang saya rasa. Sentiasa ada orang menyokong, membantu malah memotivasikan kita disaat kita berasa 'down`. Ya, saya amat pasti ianya selamat untuk wanita seperti kita menjalankan MLM secar jujur, adil dan saksama.


3. Sentiasa Mesra Alam

Sebelum mengenali Shaklee, saya memang jarang mengambil tahu sumber barang yang saya guna dari mana. Saya cuma lihat cop logo halal sahaja. Tak pernah terfikir kandungan bahan sememangnya penting terutama bila kita dah berkeluarga. Dari segi penggunaan bahan kebersihan rumah, sehinggakan pemakanan amat penting dan kita harus bijak memilih. Sebagai ibu, isteri dan wanita di dalam rumah, kitalah yang perlu mengambil berat tentangnya. Kini saya memang amat bersyukur dipertemukan dengan Shaklee kerana bahan-bahannya yang mesra alam tanpa menjejaskan alam sekitar. Kini, dari segi bahan cucian baju. pencuci pinggan, pembersih rumah malah diet pemakanan suami dan anak2 saya amat jaga dan kami menggunakan Shaklee. Saya tidak pernah menyesal menjadi ahli Shaklee. Malah memanjatkan kesyukuran kepada Allah mempertemukan saya dengan produk shaklee ini.

4, Sememangnya Halal

Pernah suatu ketika dulu kecoh tentang isu Shaklee Lecithin halal ke tak dan membuatkan ramai ragu2 untuk mencuba. Shaklee adalah HALAL dan berikut merupakan bukti yang menunjukkan Shaklee adalah halal oleh Islamic Services of America dan sememangnya diiktiraf oleh JAKIM dan melalui pelbagai proses yg ketat sebelum mendapat pengiktirafan ini. Jadi, kesimpulannya semua produk Shaklee di Malaysia telah mendapat pengiktirafan Halal dan selamat penggunaannya untuk kita orang Islam yang sememangnya menitik beratkan kesecucian dan halalnya sesuatu produk sebelum penggunaan. Jadi don't hesitate to use it! coz it's worth it! cakap omputeh u.. hehe..:)



Shaklee sentiasa bertakhta dihati dan kehidupan kami sekeluarga berubah kerana Shaklee..
I lap u forever Shaklee..:)



Nak tau lebih lanjut dan banyak persoalan, jom..

Hubungi kami di vitahijau@gmail.com atau
SMS/WhatsApp ke 012-2356027



 

Thursday, 2 January 2014

Jadi Ahli Shaklee: Bukan Bisnes Semata-Mata.

 Kenapa perlu jadi ahli shaklee? Kan dah ramai Shaklee Independent Distributor. Boleh beli terus dari kawan-kawan yang menjual shaklee. Kenapa nak jadi ahli shaklee?

Ramai yang salah anggap tentang isu Jadi Ahli Shaklee ni. Jadi ahli shaklee bukan hanya bertujuan untuk berbisnes. Sebenarnya sebagai pelanggan anda yang tentukan samada anda nak jadikan ia sebagai satu platform untuk mencari duit lebih atau sekadar mengambil supplement untuk tujuan kesihatan sahaja. Semuanya anda yang tentukan.

Apa kebaikannya jadi ahli shaklee tanpa tujuan berbusiness?

1. Anda boleh menikmati harga pengedar.
Tidak perlu lagi bertanyakan harga kerana apabila menjadi ahli, anda sendiri boleh tahu harga ahli menggunakan kit yang telah dibekalkan atau belian secara online. Dan percayalah yang ianya memang jimat giler! Jauh beza dengan membeli dari SID lain.

2. Anda akan lebih jelas dengan produk yang anda ambil.
Apabila menjadi ahli shaklee, anda akan dibekalkan kit permulaan yang di dalamnya terkandung pelbagai informasi berkenaan produk di Shaklee. Boleh baca dan mengetahui lebih lanjut tentang barangan Shaklee dan macamana Shaklee bergerak. Shaklee bukan MLM semata-mata. Nak tau detail, memang kena miliki kit permulaan ni!

3. Belian yang bertukar BONUS!
Mummy D tahu, ramai di antara kita yang ambil supplement tidak memandang bonus. Apa yang penting.. kesihatan kita dan kepercayaan kita terhadap Shaklee ni. Kalau kita tak percaya dan ragu-ragu tak mungkin kita akan cuba Shaklee. Betul tak? Ha.. jadi bila kita percaya, kita akan beli. Kan? Kadang-kadang keluarga & kawan-kawan yang tahu kita ahli  pun akan dapatkan produk dari kita. Jadi secara tak langsung belian dan sampai RM300. Tetau je bulan tu dapat BONUS kat akaun. Mesti terkejutkan? Beli untuk diri sendiri dan keluarga pun dah dapat bonus? Bestnyaaaaa!

4. Online aje..
Kenapa nak jadi ahli shaklee? Mudah aje.. sebab sekarang semuanya dah online. Tak payah dah susah-susah fikir; Macamanalah aku nak beli barang shaklee ni? Susahnya nak pergi HQ tu. Jauhlah. Orang mesti ramai. Nak pulak tu akhir bulan time closing. Memang penuhlah orang kat HQ tu. Kita pulak hanya nak beli satu Lecithin Shaklee yang dah nak habis tu. Dah tu macamana ni? Ha.. Amat susah dan memeningkan kepala. Sekarang tidak lagi. Onlinela jawapannya.. Semua dihujung jari. Ketik-ketik keyboard je dah dapat order barang dan siap di pos ke rumah lagi. Mudahkan?

Jadi ahli shaklee bukan lagi susah. Semuanya amat senang sekarang. Macam Mummy D cakap tadi, anda nak business ataupun makan sendiri, anda yang tentukan. Yang penting dapat menikmati belian kesemua produk shaklee dengan harga ahli. Wah.. untungnya.. Sambil2 beli, dapat plak duit sampingan yang tak terduga-duga. Allah nak bagi rezeki dengan cara tu. Jadi bersyukurlah kita walaupun dapat bonus 2 angka. Itu baru yang sambil-sambil dan makan sendiri je. Ha.. kalu sungguh2 agak-agak camane? Mudah betul jadi ahli shaklee kan kawan-kawan semua.

Jadi, kalau ada persoalan, Mummy D sentiasa ON 24 jam membantu anda. Jadi, tahu mana nak cari Mummy D kan:

Emel: vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027




Tuesday, 26 November 2013

Alasan Jadi Ahli Shaklee

Beberapa hari kebelakangan ini, agak ramai yang bertanya kepada saya tentang kebaikan menjadi ahli shaklee. Kebanyakkan yang bertanya merupakan mereka yang telah berpuas hati dengan vitamin ini dan telah menggunakannya agak lama. Malah lebih lama daripada saya. Kawan-kawan saya ni memang berpuas hati dengan Shaklee, malah salah seorang dari merekalah yang memperkenalkan saya dengan Shaklee semasa saya mengandungkan Hussna dulu. Tetapi , tidak berniat untuk menjadi ahli. Bila ditanya kepada mereka, jawapannya:

1. Susah nak beli. Kena pergi HQ atau tunggu berhari-hari baru dapat.

Sejak Shaklee Malaysia dah ada website sendiri ni, semua urusan amat senang,cepat dan efisyen. Tak perlu lagi nak beratur di HQ atau mana-mana branch berjam-jam atau tunggu berhari-hari selepas membuat order. Sebab sekarang semuanya boleh dibuat online. Hanya log in ke www.shaklee.com.my. Order dan buat pembayaran secara online aje. Nak guna kad debit ke kad kredit ke semua boleh. Penghantaran pula amat efisyen dan cepat dihantar terus ke rumah @ alamat yang diingini. 

2. Saya bukan nak kumpul points

Ya. Dulu saya juga hanya nak ambil suplemen bukan untuk kumpul points dan saya juga tak kisah dengan harga. Tetapi siapa yang rugi? Kita! cuba kira, kalau 1 vitamin kita boleh jimat RM20, kalau kita dah beli 3 4 jenis vitamin dah berapa kita jimat????

3. Tak berminat dengan MLM. Hanya nak pakai produk sahaja.

Jadi ahli Shaklee bukan bermaksud anda KENA berniaga. Tetapi, jika jadi ahli Shaklee anda boleh menikmati harga ahli yang istimewa dan secara tidak langsung anda kumpul points dan secara tidak sedar mungkin points tersebut sudah pun bertukar kepada bonus 2, 3 malah 4 angka!! ( Bonus akan dapat bila minimum purchase kita mencapai 200UV). Ini terjadi kepada saya pada bulan pertama saya join sebagai ahli. Bulan pertama- kegunaan sendiri- $$ 2 angka, bulan kedua - sendiri+ saudara mara-$$$ 3 angka, bulan ke-3- sendiri,saudara-mara, kawan2-$$$$4 angka!  Siapa sangka? Sebab saya sendiri terkejut! Allah boleh bagi rezeki dalam pelbagai cara. Sejak dari itulah, semangat semakin berkobar2..

4. Tak ada duit untuk modal

Modal anda hanyalah yuran ahli RM75 seumur hidup! Dan anda tidak perlu mempunyai modal untuk membeli barangan Shaklee kerana sekiranya anda ada order, tunggu customer bank in duit, check dan terus buat belian secara online dan penghantaran akan direct pada customer! Senang tak?

5. Dah ramai jadi ahli shaklee. Boleh ke laku? 

My dearest friends..di muka bumi Allah ni, rakyat Malaysia bukan hanya 1 juta.. Tetapi pada tahun 2012 populasi Malaysia ialah 29.24 juta.  Jauh lebih tinggi dari penduduk Australia (22.68 juta). So agak2 semua penduduk Malaysia ni ahli shaklee ke? Tepuk dada tanya hati. Nak atau Tak Nak aje...

6. Shaklee sama macam MLM. Meng'kaya'kan upline aje..

NO! NO! NO! Jika anda fikir begitu anda silap. Bukan semua yang 'rajin' apabila sudah menjadi ahli Shaklee. Kalau anda rajin,tak pernah berputus asa, tawakal dan rajin berusaha anda akan melangkaui semua upline-upline anda! Di Shaklee, siapa rajin, In Shaa Allah.. akan mendaki terus ke puncak.. yang malas?? BYE BYE la!

7. Saya pemalu. Macamana nak promote Shaklee?

Menjadi ahli shaklee dan menjual barangan shaklee tidak memerlukan anda menjual secara bersemuka. Ada pelbagai cara yang anda boleh lakukan seperti share di FB, Twitter, Instagram, Blog dan pelbagai cara lagi.

8. Saya tak pandai nak buat marketing dan tak ada pengalaman.

Apabila anda menjadi ahli shaklee di bawah kami, anda akan terus dibimbing dari A-Z. Anda akan diajar cara-cara memulakan bisnes(jika anda serius untuk mencari income lebih). Anda juga akan di add ke group2 khas kami di FB di bawah bimbingan Masters2 hebat, mereka yang berpengalaman dan tak lokek ilmu sudi berkongsi. Anda juga akan diberikan pendedahan kepada produk dan bimbingan2 yang lain.
Kawan-kawan, kalau nak difikirkan memang manusia banyak beralasan. Yang penting tanya hati. Anda mahu atau tidak? Tak ada masalah jika jadi ahli hanya untuk menikmati harga ahli tetapi jika anda serius dan percayakan produk ini, anda bukan sekadar dapat bonus 2/3/4/5 angka!! Malah boleh menikmati keistimewaan lain spt car insentif, peluang travel even naik rank MASTER!! Percaya jangan tak percaya. Usaha! Tawakal! Bermimpi sampai ke bulan pun tak apa! 
Jom kita bantu mengukuhkan ekonomi kita. Berhenti memberi alasan dan jangan MALAS! Sambil2 shopping barangan shaklee pun anda boleh dapat BONUS. Tak nak ke?????
Sebarang pertanyaan, bolehlah bertanya terus kepada saya. Jom, jadi ahli shaklee! Wanita juga boleh berjaya! 
Diyana Azmin
Shaklee Independet Distributor (919220)
012-2356027
vitahijau@gmail.com