Wednesday 19 February 2014

VITA-LEA SHAKLEE: Multivitamin Pertama Di Dunia

Multivitamin pertama tahun 1915
Tahukah anda, Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin dan mineral pertama dicipta di dunia? Ia wujud sejak tahun 1915 lagi. Pada mulanya ia dikenali sebagai "Vitalize-Mineral". Kemudian sebutannya disingkatkan kepada "Vita-min" . Perkataan "vitamin" yang disebut kini sebenarnya berasal dari Shaklee.
 
90 tahun dahulu, "Vita-min" ini berbentuk cecair. Namun dengan adanya peningkatan teknologi, ianya telah diubah bentuk tablet dan dikenali sebagai Vita-Lea.Setiap tablet Vita-Lea ini mengandungi 30 nutrisi lengkap harian yag diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dn 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Vita-Lea ini telah diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
 
Jika anda memang mengambil vitamin ini untuk diet lengkap harian anda, mesti anda tahu ianya berwarna hijau. Tapi tahukah anda, kenapa ianya berwarna hijau? Sebenarnya tablet Vit-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. Ia telah dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eskplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia. Kandungan mineral di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
 
Kini dengan formulasi zat besi
 
 Ujian klinikal telah membuktikan dengam pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.Vita_lea juga telah terpilih oleh Center Of Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.
 
Ada persoalan? Hubungi kami di:
 
Whatsapp: 012-2356027

Wednesday 12 February 2014

Kisah Benar: Mummy D Admitted (Part 1)


Assalamualaikum dan selamat tengahari pada semua sahabat..
Hari ni Mummy D nak share satu kisah yg terjadi pada Mummy D sendiri.. Semoga ianya menjadi satu panduan dan peringatan untuk kaum wanita yg ada untuk lebih menjaga kesihatan diri.

Hari jumaat yang lalu rasanya 24hb Januari, saya telah pergi ke Hospital P untuk cek perut.
Memandangkan sejak dua menjak ni rasa suspicious sgt;

1. Kenapa berat makin naik?
2. Kenapa perut makin besar? Sedangkan Mummy D memang tak mengandung.
3. Kenapa bila baring dan pegang perut seolah-olah ada ketulan besar seperti bola dalam perut?

Dan banyak lagi kenapa dan mengapa. Jadi Mummy D pun terus ke Hospital P. Hasil checkup, Doc J bgtau yg sy ada fibroid yang dah besar dlm perut. Sebenarnya Mummy D dah tau ada fibroid ms mengandungkan Hussna. Tp masa mengandung, sukar nk ukur besar kecik fibroid tu dan biasanya akan mengecut bila bersalin. Lgpun, Alhamdulillah.. Sy tidak mempunyai sebarang komplikasi semasa mengandungkan Hussna. Mungkin amalan pembacaan doa Nabi Yunus dalam perut ikan paus yang telah sy kongsi di HOME & juga kesan pengambilan vitamin ibu mengandung.

Lepas bersalinkan Hussna dulu, Mummy D ada buat checkup di Hospital K. Tp memang frustla bila doc Hospital K kata sy tak perlu pembedahan lagi sebab sy belum mengalami apa-apa masalah@ pendarahan. Jadi hanya perlu monitor. Masa tu besar fibroid dah 10cm. . Ni satu sifat Mummy D iaitu  agak mudah putus asa bila jadi macam ni. Kita dah pergi cek banyak kali tapi doc cakap tak ada apa-apa. Boleh tunggu, itu ini.. Jadinya Mummy D berhenti follow up hinggalah Januari 2014 ni..

Jadi bila dah checkup dengan specialist, Mummy D dah kena marah dgn Doc J. Doc J mmg pakar gynea di Hospital P ni. Beliau kata Mummy perlu buat operation segera memandangkan saiz fibroid dah 10cm(besar sebiji buah kelapa). Terkejutla Mummy D sebab dulu saiz yang sama tapi Hospital K kata boleh tunggu. Bila datang sini Doc J  cakap macam ni pula. Katanya lagi, bila saiz dah besar ni ubat apa pun dah susah untuk kecikkannya. Sebab dah besar sangat. Satu cara hanyalah melalui operation. Lagi satu, saiz macam ni bukan terjadi beberapa bulan ni tapi mungkin dah 5 @ 6 tahun. Maknanya memang dah ada masa Mummy D anak dara lg.

Masa dulu Mummy D tak pernah terfikir pun nak checkup up ke, makan supplement ke vitamin ke. Tak ambil tahu pun apa tu vitamin-vitamin ni. Dengar orang cakap je. Sendiri memang tak pernah cubalah. Bila mengandungkan Hussna baru berjinak-jinak dengan vitamin. Tu pun sebab selalu sangat sakit-sakit pinggang dan cramp masa mengandung. Doc J kata fibroid ni setiap wanita ada. Tetapi membesar atau tidak bergantung pada hormon. Ok sambung cerita, Doc J pun terangkanlah sedikit sebanyak pasal fibroid ni. Memang concern betul dia. Macamni lah doktor. Kemudian, Doc J jelaskan juga kemungkinan yang akan berlaku jika buang dan tak buang fibroid.

Jika tak buang:

1. Perut akan makin membesar seperti mengandung.
2. Pendarahan akan berlaku jika dibiarkan fibroid bertakhta lama dalam perut dan jika terjadi begitu, tak dapat nk selamatkan rahim dah.
3. Berat badan makin bertambah kerana berat fibroid juga bertambah.
4. Perut akan cramp dan sakit2.
5. Tak dapat kawal kencing kerana kedudukan fibroid di dalam rahim dan betul2 sebelah pundi kencing.
6. Period tak tetap. Tp Alhamdulillah period memang tetap setiap bulan dengan pengambilan GLA Complex Shaklee.

Jika buang:

1. Kemungkinan akan berlaku pendarahan semasa operation kerana saiznya dah besar dan menyebabkan rahim terpaksa dibuang. (Jika rahim terpaksa dibuang, saya tak dapat mengandung lagi).
2. Jika rahim dapat diselamatkan dan sy mengandung lg , sy hanya boleh bersalin secara c-sect. (Tp bab kata doc specialist bius sy, Doc Z, semua tu kuasa Allah, mungkin masih boleh bersalin normal.
3. Saya hanya boleh mengandung 2kali lagi.

Masa dengar explaination dari Doc J memang Mummy D hampir menitiskan airmata. Rasa sedih bab 'buang rahim' tu. Sehinggakan Doc J berkali-kali tanya " Diyana, are u ok?". So  saya kata akan bincang dengan suami dan bagitahu keesokannya.

Husband Mummy D memang seorang yang sgt supportive. Dia beri semangat dan memujuk Mummy untuk teruskan operation ni. Katanya "Tak apa.. Everything will be fine. Yang penting sayang sihat seperti sediakala. Jangan risaukan tentang anak-anak". Huhu.. Jadi hari Ahad 26 January Mummy D admitted to the hospital. Sebab pagi esoknya dah operate. So sebelum operation tu kena scan and checkup sekali lagi before major operation tu.

So sekali lagi Mummy D diuji. Semasa check abdomen tu, detect ada batu dalam hempedu. So Doc L datang ke bilik untuk consult. Again, Doc L  suggest operate BUANG HEMPEDU sebab saiz batu dah 1.5cm.  Tak boleh nak hancurkan dengan ubat kecuali ianya masih kecik. Kebetulan suami ada masa tu, jadi kami terus buat keputusan untuk jalankan sekali operation tu. Tapi Mummy D kira bertuah sebab batu dalam hempedu tu ada sebiji aje.. Mummy D tetap bersyukur sebab dapat tau awal. Dan Mummy D pasti, ada sebab kenapa Allah pilih Mummy D untuk hadapi ujian ni. Jadi operation yang sepatutnya mula pukul 7 pagi postponed ke pukul 12p.m.. Dan Alhamdulillah.. Pembedahan selesai dan berita gembira, rahim juga selamat. Bersyukur padamu Ya Allah! Selesai semua dan terjaga dari dibius tu pada pukul 6.30 petang..

Ni lah dia gambar fibroid dan hempedu yang dah dibuang tu..
Ni real tau bukan copy paste.. hehe..


Tengok gambar kat atas tu.. Masa checkup ada sebiji aje dalam 10cm. Sekali keluar dkt 16cm. dan ada 3 ketui lg. Ok.. Nanti Mummy D akan sambung lagi kisah fibroid dan batu dalam hempedu ni untuk perkongsian bersama. Tentang batu dalam hempedu tu memang Mummy D tak tahu langsung sehinggalah pagi tu. Tp simptom2nya memang dah ada sejak remaja. Akan Mummy D sharekan di entry akan datang.. Jadi tunggu...
Mummy D ucapkan jutaan terima kasih pada  yg sudi luangkan masa baca kisah Mummy D ni. Jadi untuk warga pembaca yang disayangi, nasihat Mummy D, jagalah diri kita dari sekarang. Ambil tahu penyakit kita dan jangan tunggu saat akhir. Dan TOLONG.. Kalau anda ada penyakit2 macam Mummy D ni please please please ask for 2nd or 3rd advice. Nyawa setiap org sgt bernilai.

Jd kalau tak pernah ambil supplement ni bolehlah cuba-cuba amalkan multivitamin atau apa sahaja untuk menjaga kesihatan anda. Boleh juga ambil Vita-Lea Shaklee untuk dptkan nutrisi lengkap. Kalau memang dan ada cyst atau fibroid, bolehlah tambah dengan mengambil GLA Complex Shaklee untuk menstabilkan hormon. Mummy D pun mula ambil supplement agak lambat. August 2013. Andaiku tahu.. Dari dulu Mummy D akan cari cara ubati and cegah penyakit dari melarat. Tapi ini ketentuannya. Dan Mummy D redha dan bersyukur atas dugaan ini..

Jadi Ahli Shaklee: Khusus untuk yang tinggal di Sarawak.

Assalamualaikum..
Selamat pagi kawan-kawan Mummy D semua.. Sihat tak hari ni? Ha.. kalau dah mula rasa nak demam tu elokla ambil Nutriferon dan Vitamin C awal2 k. Kena sentiasa sihatlah untuk keluargakan..

Pagi-pagi Mummy D terima Whatsapp dari seorang pengguna Shaklee di Kuching, Sarawak. Soalannya simple aje. Macamana nak dapatkan stok kalau dia jadi ahli shaklee?
Bagus juga customer ni dan betul juga soalannya. Kerana di Sarawak masih belum ada Branch Shaklee. Sekurang-kurangnya bila dah jadi ahli shaklee, dia dah dapat banyak faedah. Macam Mummy D cakap dulu, boleh nak beli dengan kawan-kawan atau SID yang lain, lepas tu mereka tolong poskan. Tapi sayanglah, tak dapat kelebihan sebagai ahli yang banyak sangat faedah tuh! Rugi tau.


Ya, buat pengetahuan semua, di Sarawak memang belum ada branch Shaklee. Tapi tak bermakna tak ada anda tak boleh dapatkan Shaklee. Shaklee dah ada online sekarang. Jadi memang memudahkan semua. Tak kira di mana anda berada. Pasti anda akan terus dapat produk tu ke tangan anda. Tak perlu nak pergi Sabah atau semenanjung nak dapatkan Shaklee. Cara paling mudah ialah membelinya terus dari internet. Tunggu aje di depan pintu rumah. Sampai terus ke tangan anda.
Yang bestnya lagi, ada berita gembira tau bulan Feb ni kerana bermula Februari 2014, harga Shaklee Sabah & Sarawak sama dengan semenanjung. Yang beza hanyalah kos penghantaran sahaja. Order banyak mana pun kos pos hanya RM20. Jimat tak? Jadi memang tak susah jadi ahli shaklee. Alasan untuk susah dapat stok tak ada lagi sebab produk akan terus ke tangan anda. Dengan harga ahli tanpa kos tersembunyi.

Amat bertuah jika anda yang berada di Sabah & Sarawak menjadi ahli shaklee kerana masih belum ramai ahli di sana. Alasan sama, tak tahu nk beli dan x ada stok. Malah, mesti ramai kawan-kawan atau saudara mara juga tak tahu macamana nak dapatkan Shaklee kan? Jadi andalah pioneer sebab sambil anda tolong2 mereka order, anda dapat bonus! Percaya tak cakap Mummy D ni? Hai.. kena percayalah sebab kebenaran :)

Ada yang tinggal di kawasan pedalaman di Sabah & Sarawak juga ahli Shaklee seperti di Kapit. Jadi bagaimana mereka dapatkan stok? Tepuk dada tanya hati! Jadi apa2 pun semuanya atas diri kita. Nak atau tak nak sahaja. So, buat sahabat-sahabat Mummy D yang ada di Sarawak atau Sabah, jangan sedih2 jika nak sangat beli Shaklee tapi tak tahu macamana cara sebab sekarang semua di hujung jari. Dah jadi ahli shaklee, boleh order online aje. Malah Mummy D akan bantu anda satu-satu dari cara order online hinggalah coaching anda jika anda betul2 serius nak cari pendapatan lebih. Jadi, anda di Sabah dan Sarawak pun boleh amalkan gaya hidup sihat kan?



Masih keliru? Mari Mummy D bantu leraikan kekusutan tu. Jom hubungi Mummy D:

Emel- vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027

Saturday 8 February 2014

Set Asas Nutriwhite: Cerah Semulajadi

Hati berbunga-bunga bila dapat call dari seorang teman nak repeat order Set Asas Nutriwhite. Nutriwhite ni bukan setakat mencerah tapi membersihkan kulit kusam secara semulajadi tanpa merosakkan kulit asal. Itulah yang paling best tentang produk natural ni.

Tapi bila guna bahan alami ni kita kena banyak bersabar sebab kesannya berbeza -beza bagi setiap orang. Ada yang cepat dan ada yg makan masa berbulan-bulan. Tapi secara jujur, Mummy D amat takut pada produk yang menjanjikan kesan yg amat cpt dlm masa beberapa hari. Mummy D harap kawan2 semua buat keputusan bijak sebelum memilih ok. 

Jom Mummy D nak kongsi tentang kisah kawan Mummy D dengan Set Asas Nutriwhite ni. Mula-mula dia cuma tau tentang Nutriwhite bila berkunjung ke Spa Mummy D. Sbb Mummy D memang memilih bahan yg 100% semulajadi. Takut Mummy D nak cuba yg bukan-bukan pd muka org. Bila nak facial orang Mummy D akan bayangkan buat muka sendiri, jadi memang Mummy D sgt teliti terhadap pemilihan produk dan cara facial muka org. Even mask pun Mummy D guna ESP Shaklee. Amatlah mudah Shaklee ni.

Jadi masa mula-mula dia datang mukanya amat kusam. Sekarang dah ambil 6 bulan memang nampak cerah dan berseri. (Teman ni ambil juga ESP + Vitamin C ). Jadi kesannya.. mmgla makin hebat. Cantik, lembut, bersih dan licin aje. So another happy customer dengan produk Nutriwhite.
Jadi apa set asas Nutriwhite?


1. Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser.
Kebaikkannya:
Membersih dan menyegarkan kulit.

2. Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener.
Kebaikkannya:
Mengembalikan kulit pada PH yang seimbang serta melembab dan mencerahkan kulit.

3. Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion(SPF15)
Kebaikkannya:
Mencegah kerosakkan kulit kesan dari cahaya matahari dan membantu membina daya tahan kulit terhadap pencemaran.

Set Nutriwhite ni ada yang lain lagi macam make-up remover, night cream, daily defense whitening essence dan spot whitening treatment.Jadi tengok budget anda dan kepentingan. Tapi Mummy D gerenti memang jimat sgtlah set Nutriwhite ni. Berbaloi dgn harganya.

Jadi nak tau detail? Boleh hubungi Mummy D di:

Emel : vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027

Friday 7 February 2014

Huk Alohhh! Syioknya Shopping Online!

Huk aloh! Memang syiokk shopping online nih! Betul tak? Mummy sejak dah pandai berFB, berInternet, berWhatsapp, berWeChat bagai ni, semuanya di hujung jari u olls...
Nak beli apa aje semua online. Tak payah nak beratur panjang, nak bawa duit banyak2, nak pakai cantik2 or lawa2 keluar keluar umah. Kat umah ber'kelawar', ber'Kain Sarung', ber'Seluar', ber'Tshirt', ikut suka BER apa pun semua boleh sopink online.. Huk alohhh mudah benar!
Sebab tu lah Mummy D suka sgt jadi ahli shaklee! Skang ni zaman IT.. Dah xpayah Mummy D nak pi HQ awal2 pagi, amik nombor, nak tunggu smpai ke petang, bawa balik vitamin berplastik-plastik, pastu balik singgah COD. Alamatnya, malamla baru Mummy D boleh bertemu kekasih hati n cinta2 hati Mummy D. Sebab semuanya di hujung jari u ollss. Huk alohhh mudahnyaaa..
Jadi ahli shaklee sekarang mudahlah sangat2.. Huk alohhh.. Login je ke www.shaklee.com.my. Klik je shopping.. HA.. tu dia.. Keluarlah semua list produk shaklee. Pilih aje yg mana nak. Nak hantar pada sapa. Pastu bayar je pakai bank yg korang biasa. Maybank2U ke, CIMBclicks, kad kredit ke, pape bank yg u olls sukalah. Pastu done! Siap. 2~3 hari sampai! Huk alooohh.. Mudahnyeee bershaklee ni.
Mummy D tunggu Mr. G-Dex dpn pintu umah je la. Customers tunggu kt umah/tempat kije depa la. Takkan nak tunggu dpn umah Mummy D gak. Hehe.. Tetau Mr.G-Dex sampai! Huk alohhh... Mudahnya.. Jadi ahli shaklee!
Ha..Mummy D mmg rasa senang sgt jadi ahli shaklee sekarang ni. Tak payah nak fikir banyak. Semua urusan petik2 keyboard je. Huk alooohhh.. Memang senangla..
So Mummy nak stop dulu celoteh Huk Alohhh ni.. Feel free to comment ya. Kalu xmo pun bleh je emel atau Whatsapp Mummy D k.. Adiosss... Huk Alooohhh!
Emel: vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027

Thursday 6 February 2014

Oprah Winfrey Pengguna Tegar Shaklee


Oprah Winfrey
Siapa tak kenal Oprah Winfrey? Bintang terkenal Hollywood yang selalu berkongsi kisah kehidupan manusia yang pelbagai di rancangan popularnya 'Oprah Winfrey Show'.

Oprah merupakan pengguna tegar shaklee sejak tahun 2006. Semua warga berkaitan Shaklee melonjak gembira apabila bintang terkemuka ini mengenalkan Shaklee Get Clean Kit dalam rancangannya 'Earth Day Show' pada 20 April 2007 sebagai salah satu produk yang paling digemarinya. Beliau mengakui bahawa beliau merupakan peminat setia Shaklee H2 Organic Super Concentrated Cleaner.


Shaklee Get Clean Kit yang diberikan pada tetamu yang hadir dalam rancangannya pada hari itu.


"Use a couple of drops of this, and it's amazing," she says. "You can clean the windows. You can clean the counters. … You can clean everything!"

Lihatlah betapa terujanya Oprah bercerita tentang kehebatan Get Clean Shaklee.

Kata Oprah:

Get Clean Starter Kit from Shaklee
The Get Clean Starter Kit by Shaklee is filled with eco-friendly, high performance concentrated cleaners, stain removers and cleaning supplies.
"Get ready to go green!"
—Oprah Winfrey 

Boleh layari webpage Oprah di www.oprah.com untuk baca kesungguhan Oprah bercerita tentang produk yang dipercayainya ini.



Inilah antara kebaikan Get Clean Basic H2 yang sangat hebat keberkesanannya.. Saya tahu kerana saya juga salah seorang pengguna tegar Get Clean Shaklee. :) Jadi kalau anda ada persoalan.. anda tahu mana nak cari Mummy D okies... Sayang semua..

Emel: vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027



Wednesday 5 February 2014

5 Tips- Perut Kempis

Bestnya dapat cuti lama ni. Sambil2 rehat layan cite korea 'My Love From The Star' kat www.gooddrama.net. Oho.. Mmgla saya ni hantu cite korea! Haha.. Tgh2 syiok Mummy D melayan korea ni, tiba2 TUP! muncul advertisment pasal kempiskan perut. Memandangkan Mummy D ni mmg tgh angan2 nk dptkan 'body shape' yg sesuai ngan ketinggian b4 raya ni, haha.. Makanya, Mummy D hentikan tontonan tu n terus cari Mr Google yg friendly tuh.. So ni la tips yg Mummy D dpt kumpul utk u olls yg mmg ada niat nk 'mengecik' n mengempiskan perut mcm sy ni.. So check it out..
1. Bersenam
Senaman ni sebenarnya memang terbukti berkesan membakar kalori dan lemak2 tepu dalam badan tuh! Kita ambil produk apa pun kalau malas bersenam mmg ambil masa lah nak menggecik. Apatah lagi kempiskan sparepart yg terlebih tuh! (Sebenarnya Mummy D pun agak maleh bersenam ni. Tp sbb azam nan satu ni mehla kita sama2 berusaha).
Mummy D pernah share senaman ringkas & mudah untuk kempiskan perut. Kalau nak cuba, meh klik sini.
2. Pemakanan
Okay, nak kempiskan perut ni kita kena kawal habit pemakanan kita. Mmg tak mudah jugak sbb sy sendiri pun food lovers. Hehe..  Amat disarankan ambil makanan seperti oat, makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato. Makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat plak dikatakan amat membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut. Oh ya, org kata elakkan makanan berat pd waktu malam sbb mlm sebenarnya time perut nak rehat dh, nk cerna segala makanan yg kita dh amik pd hr tu. So try mkn plg lewat pkl 7. Kalau lapar juga blhla mnm sup2 atau mkn biskut.
3. Petua LIMAU NIPIS.
Biasa dengarkan org nak kurus atau kempiskan perut mesti menggunakan limau nipis. Ibu2 dlm pantang mesti dh biasa dan tahu sedikit sebanyak bila penggunaan limau nipis ni. Betul x? Yg Mummy D tau mmg limau nipis ni berupaya mengurangkan lemak dalam badan dengan kandungan asid sitriknya. Banyak cara nak mengamalkannya. Cara2nya telah pun Mummy D kongsi di entry yg lepas. Boleh klik di sini.
4. Petua Orang Jepun

Ha.. Yg ni memang petua baru yg saya jumpa masa 'date' ngan Mr Google ni. Orang Jepun mempunyai cara yg unik untuk kempiskan perut. Hanya 5 saat je selama 2 minggu dah boleh nmpak hasil.

Jom kita cuba btl x petua ni.
a) Sediakan sebatang straw.
b) Potong straw 5cm.
c) Ratakan salah satu hujung straw. Tutup separuh lubang straw dengan salotape. Contoh macam kat bawah ni...


d) Di bahagian straw yg tdk bersalotape; Tarik nafas dalam2 dan tiup straw tu kuat2 selama 5 saat. Lakukan 3minit setiap hari.
Nota: Dapat lihat kesan dlm 2 mnggu.
5. Tips paling mudah!
Yang ni paling mudah dan boleh dibuat pada bila2 masa pun. Ni sambil dok menaip pun Mummy D tgh amalkan. Padahal baru je dapat ni. Hai.. Kempislah perut I pasnih!
Caranya:
  •  Kempiskan perut seberapa kempis yang boleh.
  • Tahan selama 10 saat(atau lebih).
  •  Lepaskan.
  • Ulang sebanyak 8 kali dan lebih.

Jom kita cuba 5 tips ni. Manalah tau lepas ni baju2 yg dah lama tak berusik dalam almari tu dah boleh muat kan. Cik abang pun mestilah jatuh cinta lagi sekali bila wifey dah mula selim melim. Sambil2 berdiet tu bolehlah ambil multivitamin untuk pelengkap nutrisi. Bulan Februari ni ada promosi Vita-Lea. Dah kalau promosi tu memangla harga amat murah dan berbaloi2 untuk wang anda kan... So kalau nak cuba, bolehlah hubungi Mummy D. Jangan diet sembarangan plak sampai memberi kesan sampingan pada diri k.
Tips yang dikongsi ni boleh diamalkan oleh lelaki & perempuan. Nak hasil yg cepat kenalah rajin dan disiplin. Barulah resultnya tip top! Bagi mereka-mereka yg ambil Set Kurus Shaklee tu bolehlah ditambahkan tips ni. Kalau nak kesan hebat, tak bolehlah bergantung kepada supplements sahaja sbb ia hanya membantu anda membakar & memecahkan lemak. Nak shape up, nk cepat kena usaha sikit ye..
Ada persoalan? Bolehlah hubungi saya di:
Emel: vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027

Tuesday 4 February 2014

Shaklee Mealshakes: Menggalakkan Tabiat Pemakanan Sihat Anak-Anak

Anak-anak semestinya harta yang tak ternilai buat kita kan? Apa sahaja yang kita lakukan anak2 selalunya jadi keutamaan. Sampaikan menu harian kita pun wajib ada makanan favourite anak2. Kalau anak demam, sakit.. ibulah yang bersengkang mata siang malam memastikan anak2 selesa dan cuba sedaya-upaya mengurangkan kesakitan anak2.. Ibu mana yang tak sayang anak... kan.. (yap! me too! amat mementingkan anak2!)

Mealshakes amat membantu anak kita untuk meningkatkan selera makan mereka. Terutamanya anak-anak yang:

  1. Amat memilih makanan ( tak suka makan sayurlah, nasi tak nak dan sebagainya)
  2. Suka makan jajan, fast food dan yang sewaktu dengannya..
  3. Pemakanan seharian yang tidak lengkap. Kurang nutrisi penting kerana terlalu memilih makanan.
  4. Kurang fokus dalam kelas (kadang-kadang anak-anak sukar untuk menumpukan perhatian dan lebih cenderung pada apa yang dia minat sahaja)
  5. Selalu sembelit (sering menangis2 nak buang ayaq besaq.. mmg amat kesian)
  6. Mempunyai asma.
  7. Kurang berat badan. Terlalu memilih makanan sehingga hanya minum susu semata-mata dan kurang makan makanan berkhasiat.
  8. Obesiti. Tabiat pemakanan anak-anak yang suka makan makanan manis dan bergula.
  9. Selalu demam @ antibodi lemah. Anak kerap sakit dan hanya sembuh seketika dan kembali demam atau sakit.
  10. Amat tak suka makan ubat dan deria rasa yang kuat sehingga menolak air selain yang disukainya..
Jadi, ibu-ibu boleh cuba Meal Shakes Shaklee jika anak mempunyai masalah di atas. Bersama-sama kita membantu anak-anak kita untuk mendapatkan nutrisi lengkap dan menggalakkan tabiat pemakanan mereka.

Boleh kongsi masalah anda dengan saya di:

Emel: vitahijau@gmail.com atau
Whatsapp: 012-2356027

Monday 3 February 2014

Kenapa SHAKLEE terus melekat di hati..

Jom kita terus ke persoalannya..
Terdapat banyak produk di pasaran sekarang. Tetapi mengapa saya pilih Shaklee dan tidak produk lain? Dan sememangnya sy penggemar No 1 Shaklee. Oh yes! Takmo cite pasai saintifiknya sebab semua tu memang dah ada di website Shaklee Malaysia. Boleh baca detail di www.shaklee.com.my Ni berdasarkan pengalaman penulis sendiri..:)



These are WHY...

1. Shaklee Berkesan

Mengapa saya kata begini? Terjadi kepada saya dan pengalaman saya sendiri. Mula berjink-jinak dengan Shaklee sejak mengandungkan anak kedua. Mulanya ingin cuba je. Maklumla bila mengandung ni memang byk dugaan.  Selalu sakit2 pinggang dan yang paling tak tahan CRAMPPP!! Adoi.. memang la bangun malam menangis aje la.. Jadi Alhamdulillah.. sejak cuba Shaklee, cramp kaki hilang! Sakit pinggang pun kurang. Memang heran bin ajaib nih. Padahal masa Hazziq dulu itulah penyakit yang singgah  dulu. Itu belum lagi bab milk booster. Tak ramai wanita yang mempunyai keistimewaan susu banyak. Ini terjadi kepada saya. Sangat berharap untuk menyusukan Hazziq dalam masa yang lama. Tetapi sy bukan insan bertuah yang memiliki kehebatan tersebut dan masa tu ilmu sangat cetek. Walaupun dah diberi makan pelbagai benda utk banyakkan susu, jumlah yg dapat hanya 1oz setiap perahan.. Sedihnya.. Alhamdulillah sejak berjinak-jinak dengan Shaklee saya cuba milk boosternya. Jumlah perahan tidak mengecewakan untuk orang tak byk susu seperti sy iaitu 4oz. Memang dah happy giler. Kalau dulu satu hari hanya dapat 1oz. Bila di pump lg mmg hampa.. Tak ada langsung dan Hazziq memang menangis kelaparan sentiasa. Alasan? Ya! Buat mereka yang tak pernah berada di tempat kita mereka tak akan tahu kesusahan yang kita hadapi. Tapi percayalah yg sy amat berusaha untuk menyusu pada kali ni. Dan Alhamdulillah Allah berikan kekuatan itu dan dipertemukan dengan Shaklee.. Bersyukur padamu ya Allah..

 
2. Sentiasa Selamat

Shaklee sememangnya terkenal dengan sumber ramuan asli semulajadi.. Semua produk keluarannya akan diuji untuk memastikan tiada bahan seperti logam, racun serangga dan pencemaran lain bagi memastikan produknya tulen dan berkualiti. Itu dari segi pengambilan dan penggunaannya yang  selamat. Dari segi menjana pendapatan dengan Shaklee, kita juga tak perlu nk risau kerana ia telah beroperasi selama lebih 50 tahun dan dijamin selamat. Malah setiap income dari bonus yang kita dapat memang ada proses jual beli yang jelas dan mematuhi syariah. Ada MLM yang dikatakan meng`KAYA`kan orang atas. Bila `beranak` ramai, upline akan kaya raya dan orang bawah akan ditindas malah hanya batu loncatan kepada UPLINE untuk melonjak lebih tinggi. NO! Itu bukan apa yang ada di Shaklee. Yang penting di Shaklee adalah EFFORT dan DOA. Anda rajin! Hasilnya lebih.. Anda malas.. Disitulah anda selamanya. Di Shaklee, kami dah macam keluarga. Ya, itulah yang saya rasa. Sentiasa ada orang menyokong, membantu malah memotivasikan kita disaat kita berasa 'down`. Ya, saya amat pasti ianya selamat untuk wanita seperti kita menjalankan MLM secar jujur, adil dan saksama.


3. Sentiasa Mesra Alam

Sebelum mengenali Shaklee, saya memang jarang mengambil tahu sumber barang yang saya guna dari mana. Saya cuma lihat cop logo halal sahaja. Tak pernah terfikir kandungan bahan sememangnya penting terutama bila kita dah berkeluarga. Dari segi penggunaan bahan kebersihan rumah, sehinggakan pemakanan amat penting dan kita harus bijak memilih. Sebagai ibu, isteri dan wanita di dalam rumah, kitalah yang perlu mengambil berat tentangnya. Kini saya memang amat bersyukur dipertemukan dengan Shaklee kerana bahan-bahannya yang mesra alam tanpa menjejaskan alam sekitar. Kini, dari segi bahan cucian baju. pencuci pinggan, pembersih rumah malah diet pemakanan suami dan anak2 saya amat jaga dan kami menggunakan Shaklee. Saya tidak pernah menyesal menjadi ahli Shaklee. Malah memanjatkan kesyukuran kepada Allah mempertemukan saya dengan produk shaklee ini.

4, Sememangnya Halal

Pernah suatu ketika dulu kecoh tentang isu Shaklee Lecithin halal ke tak dan membuatkan ramai ragu2 untuk mencuba. Shaklee adalah HALAL dan berikut merupakan bukti yang menunjukkan Shaklee adalah halal oleh Islamic Services of America dan sememangnya diiktiraf oleh JAKIM dan melalui pelbagai proses yg ketat sebelum mendapat pengiktirafan ini. Jadi, kesimpulannya semua produk Shaklee di Malaysia telah mendapat pengiktirafan Halal dan selamat penggunaannya untuk kita orang Islam yang sememangnya menitik beratkan kesecucian dan halalnya sesuatu produk sebelum penggunaan. Jadi don't hesitate to use it! coz it's worth it! cakap omputeh u.. hehe..:)



Shaklee sentiasa bertakhta dihati dan kehidupan kami sekeluarga berubah kerana Shaklee..
I lap u forever Shaklee..:)



Nak tau lebih lanjut dan banyak persoalan, jom..

Hubungi kami di vitahijau@gmail.com atau
SMS/WhatsApp ke 012-2356027