Friday 17 January 2014

Senaman Kempiskan Perut (Hanya 10 Minit!)

Hai..Hai..Hai..  
 
Hari ni Mummy D nk share senaman yg amat2 mudah aje utk kempiskan perut tuh. Tak ada alasan untuk bermalasan kerana hanya 10 minit aje setiap hari. Mummy D pn dah tak tahan tgk seluar2 lama dalam almari tu yang dah panggil2. So jom kita tanamkan niat kempiskan perut.. untuk kesihatan & kepuasan diri sendiri jugak kan. Senaman yang Mummy D nak kongsi ni semuanya free of charge n xde pakai apa2 alat pun. Tempat pun ikut sukala. Sambile baring baca majalah ke,tgk tv ke, bangun awal pagi sekejap tu ke.. bila-bila aje..Best pun best. JOM!
 
a) Bicycle Crunch
 

Caranya:
1. Posisi permulaan, baring & letak kedua2 tapak tangan di belakang kepala.
2. Lutut angkat 45 darjah. Buat seperti mengayuh.
3. Angkat kepala serentak dengan bahu dan sebelah siku mesti menyentuh kaki bertentangan. Contoh siku kiri, kaki kanan. Siku kanan, kaki kiri seperti gambar di atas.
4. Lakukan beberapa kali.
 
Nota: pastikan anda tidak menarik kepala terlalu kuat, tetapi mengangkat bahu sekali dr lantai.. Kang terkehel plak leher tuh tuh..
 
b) Vertical Leg Crunch

 
Caranya:

1. Posisi mula -angkat kaki & tegakkan ke atas.
2. Silangkan kedua-dua kaki anda dan kedua-dua tangan pula di sisi.
3. Angkatkan pinggul sedikit dan perlahan-lahan sambil kekalkan posisi seperti dalam gambar di atas tu.
4. Letakkan pinggul perlahan2 dan kekalkan posisi.
 
Nota: Lakukan dalam 15kali.  (Boleh adjust sendiri berapa kali. Kalau larat bolehlah buat lama sikit.. Kalau Mummy D tak tahulah mampu tak sampai 10 kali pun..huhu.. takpe..kita cuba)
 
c) Flutter Kicks


Caranya:
 
1. Baring dan letakkan kedua-dua belah tangan belakang pinggul anda.
2. Angkatkan kedua-dua belah kaki dalam 6 inci.
3. Pastikan anda 'maintain' luruskan kaki.
4. Naikkan kaki atas bawah secara bergilir-gilir seperti dalam gambar di atas tu.

d) Reverse Crunch (Bangkit Tubi Terbalik)


Dua yg atas ni kita kena angkat kepala dan bahu sikit. Tp yg ni kita angkat kaki plak.
 
Caranya:
 
1. Baring. Pastikan tangan bertindak sebagai tapak. Letak tapak tangan belakang kepala dengan mendepakan sedikit di atas lantai.
2. Tolakkan lutut mendekati dada . Bermakna belakang n pinggul turut terangkat sekali.
3. Lakukan beberapa kali. Disarankan 20 kali.
 
Ha.. Senang tak? Senangkan.. Hehe.. nampak memang senang.. buat belum tentu senang. Ni Mummy D mmg dah pilih yg ringkas dan sesuai untuk wanita2 macam kita ni. Jadi kalau rajin.. Bolehlah amalkan selalu. Result mesti gempak! Bolehlah share dengan sy nanti. Jom kongsikan kisah kejayaan anda. Jadi macam selalu Mummy D nasihatkan.. sambil2 kita bersenam menyihatkan badan boleh juga ambil multivitamin untuk nutrisi lengkap diet kita. Orait girlssss...
Ada soalan? Boleh hubungi Mummy D di:
 
Emel: vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027
 
 

Thursday 9 January 2014

GLA Shaklee: Atasi Masalah Cyst & Fibroid

Tahukah anda ramai wanita di dunia yang menghadapi masalah ketumbuhan seperti cyst dan fibroid? Dan jarang yang tahu mereka mempunyai cyst atau fibroid kerana bukan semua wanita akan alami tanda2 kemunculannya.

Kebanyakkan wanita yang ada cyst atau fibroid akan mengalami masalah sukar hamil. Kerana fibroid ini terdapat di dalam rahim dan menyebabkan sukar proses persenyawaan terjadi. Ada pula yang akan mengalami period yang tidak tetap atau period terlalu banyak. Perut buncit atau berat badan berlebihan juga boleh dikaitkan dengan fibroid ini. Jika anda hadapi simptom2 ini, sila ke klinik untuk membuat ultrasound bg memastikannya.

Masalah ini boleh diatasi dengan mengubatinya dari awal. Saiznya yang kecil lebih senang dikecutkan dengam pengambilan ubat atau pil kerana apabila cyst & fibroid menjadi besar agak susah untuk kita kecutkannya secara semulajadi kecuali dengan pembedahan. Jadi jgn tunggu sehingga kena jalani operation baru nak cari ubat.

Kenapa GLA Shaklee boleh membantu anda mengecutkan fibroid & cyst?

Oleh kerana cyst berkaitan dengan hormon, GLA amat sesuai diambil untuk menstabilkan hormon dan memperbetulkan kitaran haid yang tak teratur dan bagus dalam penyeliaan hormon.
GLA Complex Shaklee mempunyai kombinasi minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Kandungan bahan asli ini terutamanya borage seed, amat membantu dalam mengawal selia estrogen. GLA akan membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita. Amat bersesuaian untuk wanita yang mengalami masalah cyst atau fibroid ini kerana ianya mampu mengawal hormon. Dan yang paling penting, pengambilan secara berterusan mampu menentang kanser kerana ianya mempunyai anti-oksidan untuk meningkatkan imun tubuh untuk melawan pertumbuhan sel tumor dan kanser.

Jadi, Mummy D amat berharap agar kaum wanita di luar sana untuk mengambil GLA Complex ni sebagai langkah awal dan berjaga-jaga. Kerana Mummy D amat tau betapa sukarnya seorang wanita menanggung masalah cyst & fibroid ni kerana Mummy D juga menghadapi masalah yang sama. Tetapi Mummy D tahu lambat, so cyst dan fibroid tu dah kembang mekar pun dalam perut ni sehingga terpaksa di buang. Mummy D kongsikan kisah Mummy D di sini. Kalau tak nak ambil Shaklee sekali pun, amalkanlah pemakanan supplement yang betul dan jaga pemakanan. Sesungguhnya ia masih belum terlambat kalau anda mencegah awal... Lebih baik dicegah dari melarat. Wallahualam..

Nak kongsi masalah yang sama dengan Mummy D, hubungilah Mummy D untuk berbincang hati ke hati, Mummy D sedia membantu mereka yang nasib serupa Mummy D:

Emel: vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027

Thursday 2 January 2014

Jadi Ahli Shaklee: Bukan Bisnes Semata-Mata.

 Kenapa perlu jadi ahli shaklee? Kan dah ramai Shaklee Independent Distributor. Boleh beli terus dari kawan-kawan yang menjual shaklee. Kenapa nak jadi ahli shaklee?

Ramai yang salah anggap tentang isu Jadi Ahli Shaklee ni. Jadi ahli shaklee bukan hanya bertujuan untuk berbisnes. Sebenarnya sebagai pelanggan anda yang tentukan samada anda nak jadikan ia sebagai satu platform untuk mencari duit lebih atau sekadar mengambil supplement untuk tujuan kesihatan sahaja. Semuanya anda yang tentukan.

Apa kebaikannya jadi ahli shaklee tanpa tujuan berbusiness?

1. Anda boleh menikmati harga pengedar.
Tidak perlu lagi bertanyakan harga kerana apabila menjadi ahli, anda sendiri boleh tahu harga ahli menggunakan kit yang telah dibekalkan atau belian secara online. Dan percayalah yang ianya memang jimat giler! Jauh beza dengan membeli dari SID lain.

2. Anda akan lebih jelas dengan produk yang anda ambil.
Apabila menjadi ahli shaklee, anda akan dibekalkan kit permulaan yang di dalamnya terkandung pelbagai informasi berkenaan produk di Shaklee. Boleh baca dan mengetahui lebih lanjut tentang barangan Shaklee dan macamana Shaklee bergerak. Shaklee bukan MLM semata-mata. Nak tau detail, memang kena miliki kit permulaan ni!

3. Belian yang bertukar BONUS!
Mummy D tahu, ramai di antara kita yang ambil supplement tidak memandang bonus. Apa yang penting.. kesihatan kita dan kepercayaan kita terhadap Shaklee ni. Kalau kita tak percaya dan ragu-ragu tak mungkin kita akan cuba Shaklee. Betul tak? Ha.. jadi bila kita percaya, kita akan beli. Kan? Kadang-kadang keluarga & kawan-kawan yang tahu kita ahli  pun akan dapatkan produk dari kita. Jadi secara tak langsung belian dan sampai RM300. Tetau je bulan tu dapat BONUS kat akaun. Mesti terkejutkan? Beli untuk diri sendiri dan keluarga pun dah dapat bonus? Bestnyaaaaa!

4. Online aje..
Kenapa nak jadi ahli shaklee? Mudah aje.. sebab sekarang semuanya dah online. Tak payah dah susah-susah fikir; Macamanalah aku nak beli barang shaklee ni? Susahnya nak pergi HQ tu. Jauhlah. Orang mesti ramai. Nak pulak tu akhir bulan time closing. Memang penuhlah orang kat HQ tu. Kita pulak hanya nak beli satu Lecithin Shaklee yang dah nak habis tu. Dah tu macamana ni? Ha.. Amat susah dan memeningkan kepala. Sekarang tidak lagi. Onlinela jawapannya.. Semua dihujung jari. Ketik-ketik keyboard je dah dapat order barang dan siap di pos ke rumah lagi. Mudahkan?

Jadi ahli shaklee bukan lagi susah. Semuanya amat senang sekarang. Macam Mummy D cakap tadi, anda nak business ataupun makan sendiri, anda yang tentukan. Yang penting dapat menikmati belian kesemua produk shaklee dengan harga ahli. Wah.. untungnya.. Sambil2 beli, dapat plak duit sampingan yang tak terduga-duga. Allah nak bagi rezeki dengan cara tu. Jadi bersyukurlah kita walaupun dapat bonus 2 angka. Itu baru yang sambil-sambil dan makan sendiri je. Ha.. kalu sungguh2 agak-agak camane? Mudah betul jadi ahli shaklee kan kawan-kawan semua.

Jadi, kalau ada persoalan, Mummy D sentiasa ON 24 jam membantu anda. Jadi, tahu mana nak cari Mummy D kan:

Emel: vitahijau@gmail.com
Whatsapp: 012-2356027